Satu perkongsian tentang kita semua Semoga sentiasa diredhai Allah dalam segenap perkara di setiap saat dan sedutan nafas. Siiru 'ala barakatillah ~(^_-)~
RSS

Thursday, November 26, 2009

saLaM EiduL aDha


eidul adha menjelang kembali seperti biasa saban tahun. eidul adha mengingatkan kita akan pengorbanan nabi Ibrahim a.s suatu ketika dulu. lantas, terfikirkah kita akan apa pengorbanan yang telah kita lakukan demi ISLAM??

Wednesday, October 21, 2009

LamBaiaN wiDa' HELWI 2009


untuk yang terakhirnya buat tahun ini, HELWI menutup tirai dengan satu lagi program iaitu :


Lambaian Wida' HELWI 2009

Ahad, 25hb Oktober 2009

9.00 malam

Dewan Kuliah B


p/s : pakaian bertemakan pink atau purple ye! ^_^
marilah kita sama2 mengimarahkannya.

Friday, September 18, 2009

..saLam eiDuL fitRi..


" SIAPA YAG DAPAT MERASAKAN BUAH DARI AMAL IBADAHNYA DI DUNIA INI, MAKA ITU DAPAT DIJADIKAN TANDA DITERIMANYA AMAL ITU OLEH ALLAH KELAK"
-IBNU 'ATO'ILAH-

salam EIDUL FITRI buat semua warga campus,
moga terus di bawah lembayung rahmat ilahi hendaknya.
amin~

Friday, August 21, 2009

.: SaLam RaMadhaN :.


salam Ramadhan untuk semua,
moga2 Ramadhan yg menjengah saban tahun telah kita tidak sia2kannya,
kerana kita,
takkan tahu bila Ramadhan yg hadir itu adalah yg terakhir.
tuhanku,
kami datang...

Tuesday, August 11, 2009

.: TaYangaN peRdaNa "RISE UP" :.


dalam kemelut H1N1, dalam keserabutan nota2 kuliah2, dalam berkejar2an bersama masa & kuliah ganti, apalah salahnya jika kita berhenti sejenak, menarik nafas, menghirup kesegaran nikmat Islam. bersama2 muhasabah diri buat semangat dikemudian hari. tanpa kita, Islam takkan rugi tapi tanpa Islam, kita akan rugi. untuk itu, marilah kita sama2 hadir ke program ;

TAYANGAN PERDANA " RISE UP "

9.15 PM

RABU

12hb OGOS 2009

DEWAN KULIAH B

kehadiran anda semua amatlah dialu2kan.


anjuran :
LAJNAH TARBIAH & KEPIMPINAN,
BIRO AGAMA JPP 2009,
IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN.

Tuesday, August 4, 2009

jaNgan teRLaLu taKsuB dgn maLam NisFu sYa'aban!


Berkenaan bulan Syaaban

SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.

kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertaqwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.


Antara Nisfu Syaaban dan Lailatul Qadr

Jika kita lihat di Malaysia ramai orang-orang Melayu kita berebut-rebut memenuhi masjid dan surau semata-mata untuk merebut fadhilat malam nisfu syaaban. Sememangnya terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Tetapi kebanyakan daripada hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi S.A.W.

Sedangkan dalam masa yang sama berapa kerat sangatkah yang berebut-rebut untuk mencari malam Lailatul Qadr. Sedangkan dalil berkenaan kelebihan malam Lailatul Qadr sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan juga disebut di dalam hadis-hadis yang soheh.

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang lebih baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).


Bacaan Yasin sebanyak 3 kali pada malam Nisfu Syaaban
Biasanya diadakan majlis bacaan surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti :
Pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.
Pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.
Pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia melainkan di Malaysia dan sekitar Nusantara.

Saya perhatikan ada disesetengah tempat pada malam Lailatul Qadr, mereka membaca Surah Yasin dengan begitu pantas sehingga mengabaikan hukum-hukum tajwid. Ini berlaku semata-mata ingin mengejar bilangan 3 kali bacaan. Sebetulnya kita perlu membaca al-Quraan dengan cara yang betul dan bertepatan dengan bacaan sebagaimana ianya diturunkan oleh Allah Taala. Jadi manakah pilihan terbaik; membaca Yasin 1 kali dengan bertajwid, ataupun membaca surah Yasin sebanyak 3 kali dengan mengabaikan tajwid?

Allah Taala berfirman di dalam Al-Quraan :

“Dan bacalah Al-Quran dengan penuh tartil (bertajwid)”. (QS 73 : 4)

Manakala hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah dimana jika ianya dipelajari oleh seorang maka semua tidak berdosa. Hukum membaca al-Quraan dengan bertajwid pula adalah fardhu 'ain ke atas semua orang islam.

konklusinya, fikir-fikirkanlah!

Tuesday, July 28, 2009

.: aKu sEoRaNg waNiTa :.


orang kata
aku
lemah, mengada-ngada tak sudah
pemalu, kadang2 x kena waktu
suka menangis, hati mudah terhiris
akal singkat, bercakap x kenal penat
degil, mudah rasa jengkel.
namun aku
tetap bersyukur kerana
aku punya tempat istimewa di sisiNya.
aku mulia kerana
aku
seorang anak
yg baik lagi terpuji akhlaknya
rajin belajar, membuang masa pastinya tidak
aku
seorang isteri
kekasih terhebat suami
cinta suci penambat hati
menantu yg disayangi
pandai memasak & pandai mengambil hati
aku
seorang ibu
9 bulan mengandung anak2ku
azabnya hanya Tuhan yg tahu
seorang mertua
yg penyayang & senyum selalu
x pernah cerewet dgn menantu
aku seorang sahabat
duka nestapa akulah pengubat
janji rahsiaku genggam erat
aku
tunggak masyarakat
membina generasi bersemangat
pencetus wawasan keramat

Friday, July 17, 2009

Wednesday, July 1, 2009

Sehari Bersama Muslimah (SBM)


4 julai 2009 (sabtu)
  • 6.00 pagi : Gema dinihari (subuh di surau blok)
  • 7.30-9.00 pagi : Muslimah cergas!! (aerobik) - belakang kediaman seroja
  • 9.00-11.00 pagi : Pertandingan dekorasi buah-buahan - ruang legar kediaman mawar
  • 1.30 t/hari : Misscall Illahi (solat zohor berjemaah)
  • 2.30-4.30 petang : Gerai jualan dan pameran
  • 4.30 petang : Misscall Illahi (solat asar berjemaah)
  • 5.15-6.30 petang : Cikgu ceria slot (permainan tradisional), lubang tikus (padang kediaman muslimat), galah panjang (hadapan keidaman seroja), tuju selipar ( hadapan kediaman cempaka), batu seremban (susur gajah Seroja)
  • 7.30 malam : damai senja (solat maghrib berjemaah)


5 julai 2009 (ahad)

  • Tempat : Dewan Kuliah B (9.15-11.30 malam)
  • Indahnya akhlak semerdu suara (pertandingan paduan suara tertutup)


Mukhlisah FiLlah,

Aishah Humayra',

Sehari Bersama Muslimah.

Tuesday, June 30, 2009

Apa sebenarnya?


Apa sebenarnya yang manusia kejar dalam hidup? Yang belajar, belajar separuh mati. Yang bekerja, bekerja separuh gila. Alasannya apa? Untuk apa kalian bersusah-payah sebegini rupa? Adakah hanya demi sesuap nasi? Atau demi memburu impian-impian yang masih berbaki dalam diri? Jika begitu, apakah impian-impian anda itu?

Ya Akhawatku sayang,

Tanya diri anda semula. Apa sebenarnya yang anda harapkan dalam hidup ini? Apakah sebenarnya cita-cita tertinggi anda? Adakah untuk menjadi kaya-raya? Atau anda inginkan seorang isteri yang cantik jelita atau seorang suami yang kacak dan ‘ganteng’?

Atau mungkin anda sibuk mengejar populariti, sibuk memastikan diri anda agar dikenali. Seronok tenggelam dalam puja-puji seolah-olah dunia inilah segala-galanya, lupa pada akhirat yang menanti.


Padahal saudaraku, Allah telah berfirman,

“Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda-gurau, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian mejadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan serta keridhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan palsu.”

(Al-hadid; 57:20)

Jika kalian berlumba-lumba untuk mendapatkan kekayaan supaya disanjung tinggi orang ramai, ingatlah bahawa Allah yang Maha Kaya dan Maha Berkuasa itupun ramai manusia yang tidak ingin mengenaliNya. Jadi, apalagi kita yang Cuma tarafnya hamba ini.

Setakat mana sangat kuasa yang kita ada hari ini boleh membuatkan kita terus disanjung dunia? Setakat mana sangat kita akan dikenali. Setakat mana?

Esok lusa, mungkin kita akan mati. Dan semua kekayaan yang kita kumpul dan cari akan pergi meninggalkan kita. Hanya dua benda yang akan kita bawa, keluarga dan amal.

Tetapi saudaraku, keluarga cuma menemani kita sehingga ke liang lahad, kemudian mereka pun akan menapak pergi. Dan kini yang tinggal, hanya kita dan amalan kita!

Apa kita yakin amalan kita bisa menolong kita di dalam kubur yang serba-gelap itu? Apa kita yakin kubur kita nanti akan menjadi lubang syurga?


Jika apa yang kita cari-cari dalam hidup ini bukan Allah dan Rasulullah, maka pencarian anda itu akan membawa kita kepada kesesatan yang nyata.

Allah menjanjikan kita syurga dan ampunan. Inilah sepatutnya yang kita kejar dan cari dalam hidup kita. Bukan kekayaan atau kemewahan yang jadi ukuran di sisi Allah, sebaliknya apa yang membezakan kita adalah taqwa. Sama ada kita miskin atau kaya, hanya taqwa yang menjadi kayu ukur kepada Allah.

Set balik fikiran anda. Sepatutnya anda mencari Allah, mengimpikan jannatul Firdausi, the most highest jannah in akhirat, not all the prosperity in this temporary world.

Sepatutnya anda berlumba-lumba untuk mencari ampunan Allah dan berlumba-lumba untuk meraih pandangan Allah, bukan mendambakan perhatian daripada manusia!

Apa akan jadi kalau bukan Allah dan Rasul yang anda cari? Anda pakai baju cantik-cantik,mahal-mahal dengan jenama yang kadang-kadang tak pernah dengar pun, semata-mata nak dapatkan kepuasan apabila dipuji.

Anda bersusah-payah untuk memastikan anda sentiasa dikenali, dihormati dan disanjung tinggi masyarakat sehingga akhirnya, anda tertekan sendiri. Sedar atau tidak, anda telah menjadi hamba kepada ‘tuhan-tuhan’ kecil yang anda cipta sendiri.

Anda menjadi hamba kepada sesama manusia, mejadi manusia yang tidak merdeka, tidak bebas, kerana sentiasa menjaga pandangan ‘tuhan-tuhan’ kecil ini. Anda risaukan pandangan manusia, sebaliknya anda lupa Allah yang sentiasa melihat dalam terang atau sembunyi.

Akhirul kalam saudaraku, ingatlah bahawa dunia ini hanya sementara, tidak ke mana pun kita. Jangan sombong, jangan lupa asal-usul kita. Kita asalnya daripada setitis mani yang dirembes dari tempat yang paling hina. Kita hamba yang hina-dina.

Apa pun wealthy yang kita ada, semuanya bukan milik kita. Dunia hanya pinjaman, bila-bila masa pinjaman boleh ditarik balik. Astaghfirullah… tetapkan hati-hati kami di jalan Mu ya Allah….



Mukhlisah fiLlah,
Aishah Humayra',
c425, IPGM Tengku Ampuan Afzan,
Daar el-ma'mur

Wednesday, May 27, 2009

Gesaan Menteri Pelajaran Wujudkan Kesatuan Guru Pelatih Islam Kebangsaan


“Selaku mahasiswa yang akan terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan dan perguruan, mahasiswa di lebih 28 buah IPGM inilah yang paling layak dan strategik untuk bercakap soal kualiti sistem dan pelaksanaan pendidikan Islam dari semasa ke semasa. Namun demikian, sekiranya Persatuan Guru Pelatih Islam di setiap IPGM ini tidak bersatu tenaga dan suara, impak kritikan dan saranan mereka tidak akan ke mana.”, ujarnya lagi.



Gesaan Menteri Pelajaran Wujudkan Kesatuan Guru Pelatih Islam Kebangsaan
Publish Post

oleh: Setiausaha Agong GAMIS, saudara Muhamad Syaari Ab Rahman

Kami sangat bersetuju dengan gesaan tersebut dan kami sedang berusaha kearah itu. Semoga next generation akan lahir di medan berlumpur ini. Kami........sedang berjuang!



Tuesday, March 24, 2009

.:.PeRemPuaN tiDaK bEraSaL dPd tuLaNg RuSuK.:.

Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)

Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.

Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.” ( The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)

Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang sebagaimana yang tersebar dalam masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.w yang menerangkan asal- usul kejadian Hawa.

Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya. Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialah menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dab pengajaran. Dengan kata lain, al-Quran bukan kitab sejarah atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidup kepada manusia supaya selamat di dunia dan akhirat.

Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksud cerita-cerita di dalam al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah supaya pembaca memikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasil dari perbuatan syirik itu di samping menenangkan hati orang-orang yang ikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka” (al-`Fawz al-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)


Mengapa Berlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?

Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami makna sebenar ayat ini:

1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat

Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268.) Disebabkan ada riwayat dalam kitab-kitab yang dahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau pentafsiran kepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayat Israiliyyat walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagi daripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang turun kemudianlah yang menjelaskan kitab-kitab yang terdahulu.

Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi. Antaranya ialah;

1. Perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk
2. Perempuan seperti tulang rusuk.
3. Perempuan adalah tulang rusuk.

2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas

Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas menyatakan perempuan dalam bentuk tunggal atau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus. Jelasnya, para pentafsir menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.

3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min من

Walaupun perkataan min itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319)

Abu Muslim al-Asfahani mengatakan, maksud menciptakan daripadanya pasangannya ialah menciptakannya dari jenisnya. (lihat Hasyiah Zadah `Ala al-Baidhawi) Ini seperti ayat-ayat al-Quran berikut:

وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)

فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ

Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. (Surah al-Nahl: 72)

Ayat-ayat ini tidak boleh difahami sebagai isteri-isteri kita itu diciptakan daripada diri atau jasad kita tetapi mestilah difahami sebagai “mereka itu dari jenis yang sama dengan kita”.

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, sangat berharap akan keimanan kamu dan sangat kasih serta menyayangi kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Taubah:128)

لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kurniaan yang besar kepada orang-orang yang beriman ketika Dia mengutuskan seorang rasul kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan Kitab dan Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum itu berada di dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali Imran: 164.)

Kedua-dua ayat ini dengan jelasnya menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita adalah dari kalangan manusia yang sama seperti kita bukan dari kalangan makhluk yang lain seperti malaikat.

Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah bengkok.

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره واستوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وأن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا .

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: المرأة كالضلع، إن أقمتها كسرتها.

Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari4889).

Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikah bab berlembut dengan wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan sifat fitrah wanita bukannya hakikat kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasad wanita akan mudah patah apabila dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.

عن أبي هريرة. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن المرأة كالضلع. إذا ذهبت تقيمها كسرتها.

Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat Muslim no: 1468.)

Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Penggunakan partikel kaf ك ini bagi menyatakan persamaan antara perempuan dan tulang rusuk. Sementara ayat yang kedua merupakan sudut persamaan antara kedua-duanya.

Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:

باب: المداراة مع النساء، وقول النبي صلى الله عليه وسلم: (إنما المرأة كالضلع .

Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: Sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk.

Dengan membuat tajuk begini Imam al-Bukhari tidaklah berpendapat bahawa Hawa itu dijadikan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam.

Begitu juga di dalam al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari mengemukakan riwayat:

إن المرأة ضلع , وإنك إن تريد أن تقيمها تكسرها

Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya. (al-Adab al-Mufrad, no: 747)

Apakah hadis ini menyatakan hakikat perempuan itu sebenarnya tulang rusuk? Tentu sekali tidak. Hadis ini merupakah satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghah atau retorik yang tinggi di mana perkataan yang menyatakan persamaan tidak digunakan begitu juga sudut keserupaan tidak disertakan. Ayat yang kedua boleh juga dikatakan sebagai bukti bahawa perkataan tulang rusuk tidak difahami secara harfiah.


Sokongan Kepada Penafsiran Ini

Penafsiran min bukan dengan makna punca atau asal-usul sesuatu adalah sesuai hadis berikut:

عن أبي قلابة، عن أنس رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان في سفر، وكان غلام يحدو بهن يقال له أنجشة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (رويدك يا أنجشة سوقك بالقوارير). قال أبو قلابة: يعني النساء.

Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)

Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.


Kesimpulan

Hadis ini perlu difahami secara balaghah iaitu berdasarkan retorik bahasa Arab. Rasulullah s.a.w. menyampaikan pesanan ini dalam bentuk tasybih (perumpamaan) supaya maksud pesanan difahami dengan lebih mendalam. Tegasnya, supaya pendengar lebih peka dan prihatin bukan memberi perhatian kepada makna harfiah. Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.

Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklah anggapan bahawa wanita adalah dari kelas kedua kerana kononnya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam!

#Muhammad Hanief bin Awang Yahaya

Tuesday, March 3, 2009

AIR MATA GAZA

Atas kelulusan kertas kerja yang telah dibentangkan, Lajnah Dakwah telah mengadakan satu tayangan penuh keinsafan yang bertemakan kemelut di bumi Palestina dengan tajuk "AIR MATA GAZA" pada 25 Februari 2009 yang lalu. Tayangan ini telah diadakan di Dewan Kuliah A dan bermula pada pukul 9.30 malam. seawal jam 9.15 malam, perkarangan dewan telah mula dibanjiri oleh muslimat sekalian. kelihatan wajah - wajah yang mencerminkan keprihatinan dan sikap ingin tahu apa yang sebenarnya telah berlaku ke atas saudara kita di tanah suci Palestina.
langkah muslimat disambut dengan sapaan daripada bendera Israel yang mengizinkan dirinya dipijak sebagai tanda 'penghormatan' atas apa yang mereka telah lakukan kepada umat islam di seluruh dunia.ketibaan serombongan mujahidah yang mengusung replika jenazah simbol syahidnya seorang rakyat palestin mengkagetkan suasana.gimik yang ditonjolkan d awal program benar2 merentap hati mengetar sanubari menunggu acara yang seterusnya.
alhamdulillah..perjalanan program bergerak lancar seperti yang diharapkan. feedback positif daripada hadirat membakar semangat untuk Helwi bergerak maju ke hadapan selangkah demi selangkah lagi. gema takbir, qunut nazilah dan doa wahdah menghangatkan kedinginan dewan kuliah A yang berhawa dingin. semoga kehangatan itu akan terus menjadi obor semangat untuk kita sama2 memberi pertolongan berbentuk wang ringgit, tenaga, idea mahupun doa kepada umat Islam yang tertindas khususnya rakyat Palestina.
program ini juga turut diadakan untuk muslimin pada keesokan harinya dijayakan oleh Lajnah Tarbiah & Kepimpinan serta ahli2 biaga yang lain.
syukran yang tak terhingga kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.
syukran juga ke atas Ustazah Safinah yang sudi hadir memberi sokongan.


.:..kehadiran yang diselubungi kesedihan..:.

.:..mangsa kekejaman zionis!!..:.


.:..ustazah yang tekun mendengar hujah yang penuh bersemangat daripada pengacara majlis..:.


.:..yang bertanggungjawab mengawal selia screen..:.


.:..muslimat sekalian..:.


.:..wakil muslimat memberi pandangan..:.


.:..mujahidah sekalian..:.


.:..peluang untuk memiliki..:.



.:..di antara yang telah berkerja keras untuk menjayakan program..:.









Thursday, February 19, 2009

betul ke kita ni MUNAFIQ????

Salam ukhwah semanis mahabbah sekencang dakwah...

Ni ada satu laporan terkini yg saya 'copy and paste' dari laman web www.palestinkini.info.

Dr Mahmud al-Zahhar, seorang pemimpin HAMAS berkata keperluan rakyat Palestin kepada Mesir sama seperti keperluan manusia kepada air dan udara, sambil menegaskan dari sudut geografi dan sejarah, rakyat kedua-dua negara adalah satu dan sempadan tidak pernah ditutup sebelum itu.

Beliau menjelaskan -dalam satu temuramah khas dengan Saluran 1 Telivisyen Mesir yang dihoskan oleh Abdul Latif al-Manawi, ketua sektor berita- bahawa rakyat Palestin memohon agar negara-negara Arab terutama Mesir sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka dalam menghadapi penjajahan Zionis yang zalim.

Beliau juga berkata sebanyak mana pun bantuan yang dihulurkan kepada rakyat Palestin, mereka masih lagi memerlukan bantuan terutamanya dalam suasana kini, khususnya bantuan dari Mesir, bukan hanya kerana Mesir dekat dengan Palestin dari sudut geografinya, tetapi juga kerana hubungan sejarah yang telah menyatukan rakyat kedua-dua negara dan keadaan sempadannya yang tidak pernah ditutup sebelum ini.

Ketika semenanjung Gaza berada di bawah pentadbiran Mesir, warga Palestin hanya diminta menulis sekeping kertas dalam masa setengah jam yang membolehkannya untuk masuk ke Mesir, belajar di sana dan mengambil keperluannya dan kemudian kembali semula ke Palestin.

***********************************



hurm...munafiq kah kita???
Dari segi kontektualnya mmg macam bukan munafiq tp scr tersirat maybe kita la org tu..
Munafiq dalam bahasa ialah bermuka-muka..

Contoh yg paling dekat ialah kita sendiri la. Terkadang kita kesian, terharu, sedih, pilu, hiba n banyak lagi la perkataan yang diungkapkan tika melihat kekejaman Zionis Israel..Tapi bila outing...kita la yang serbu KFC, beli MILO 3 in 1, beli Mamee, bli biskut Jacobs dan kalu boleh macam nak bli je semua makanan yg patot diboikot yg dijual di pasaraya AKTIF tu kan..huhu

Biasa la makanan yg diboikot mmg sedap..Siapa yg stuju??

Refleksi lah diri kembali yang terkadang mmg MUNAFIQ ni..

JOM NYANYI = JOM NASYEED

BINGKAI KEHIDUPAN nama diberi,
pembakar semangat melestarikan ukhwah,
Moga HELWI terus berseri,
Menjadi wadah perjuangan mujahidah

Pada usrah kubra (besar) yang lalu, HELWI telah bersepakat untuk menjadikan lagu yang diberi nama BINGKAI KEHIDUPAN yang dipopularkan oleh kumpulan nasyid Shoutul Harakah sebagai lagu tema usrah yang rasmi.

Memang macam tak pernah dengarkan kumpulan nasyid ni tetapi munsyid ( penasyid) inilah yang banyak mempopularkan lagu berunsurkan jihad :D

Hayati setiap frasa dan bait kata dalam lagu ini k, dan jangan lupa hafal sekali lagu ni. baru lah bersemangat nak nyanyi ramai2. Biar bergegar Bumi IPTAA ni dengan kalimah dan laungan semangat JIHAd..Takbir!!! ALLAHUAKBAR

Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa untuk berpangku tangan

Setiap titis peluh dan darahAlign CenterTak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan Menjadi saksi perjuangan

Allahu ghayatuna
Rasullah qudwatuna
Al-quran dusturuna
Al-jihadu sabiluna
Al-mautu fi sabilillah
Asma' amalina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

Tuesday, February 10, 2009

helwi aerobik



pada 8hb feb yg lalu, HELWI IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan telah mengadakan senam aerobik bertempat di gimnasium.(berlaku pertukaran tempat kerana dewan besar telah dikuarantinkan untuk persediaan majlis watikah perlantikan JPP). alhmadulillah, aktiviti ini disambut baik oleh pelajar2 kampus & turut disertai oleh non-muslim.

selain ingin melahirkan pelatih guru yg sentiasa sihat & cergas, senam aerobik ini juga turut diadakan untuk memberi penerangan tentang usrah yg bakal dijalankan tidak lama lagi. diharapkan aktiviti ini menjadi pengerak untuk HELWI mengorak langkah maju ke hadapan...


ready..!!1,2,go!




eh2,camera gurlz sh0ot kt kite la..hehe



uh..ghama nyo oghe..



helwi aerobik anda jadi sihat & kuat!




the bez instructors


baru jumpa kamera ke, sayang oiii...



penat x menghalang utk berposing.posing sokmo deh..



ayark!!nak pengsan la plak.huhu..



akak,nak aerobik lg!!

Saturday, January 31, 2009

uSrah wif hELwi

iklan edaran pertama HELWI O9


psst..let us tell u a secret..
to love someone is nothing,
to be loved by someone is something,
to be loved by someone you loved is exciting,
but to love Allah & be loved by Him is EVERYTHING!

ahlan wa sahlan ila
I.D
islamic discussion with HELWI

discover the beauty of Islam
&
the way to 'taqarrub' with Him
kami ada untukmu kerna Allah,segalanya di sini >>the university of tarbiyyah

thus,teman2 sahabat handai..jangan lepaskan peluang..c ya!^_^

saLam pEmbuKa biCaRa

alhamdulillah..
akhirnya blog ini dapat jua diwujudkan walaupun mengalami beberapa kesulitan ( program2, demam & internet yg menguji kesabaran)..
moga blog ini menjadi wadah pertalian intelektual bakal pendidik di bumi iptaa yang terus bersemangat untuk bernafas sebagai murabbi yang sejati...
bukan saja megajar,malah mendidik dan membentuk sahsiah generasi yang berteraskan al-Quran & sunnah...

hidup bukan bermakna berdiri sendiri
tidaklah juga sombong diri
sesekali meminta bantuan,
jauh ertinya kita lemah
kerna adat insan berjuang
tak jauh di sisi untuk terus melengkapi
& dilengkapi...

" dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, & janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.."
.: al-Maidah : 2 :.