Satu perkongsian tentang kita semua Semoga sentiasa diredhai Allah dalam segenap perkara di setiap saat dan sedutan nafas. Siiru 'ala barakatillah ~(^_-)~
RSS

Tuesday, June 30, 2009

Apa sebenarnya?


Apa sebenarnya yang manusia kejar dalam hidup? Yang belajar, belajar separuh mati. Yang bekerja, bekerja separuh gila. Alasannya apa? Untuk apa kalian bersusah-payah sebegini rupa? Adakah hanya demi sesuap nasi? Atau demi memburu impian-impian yang masih berbaki dalam diri? Jika begitu, apakah impian-impian anda itu?

Ya Akhawatku sayang,

Tanya diri anda semula. Apa sebenarnya yang anda harapkan dalam hidup ini? Apakah sebenarnya cita-cita tertinggi anda? Adakah untuk menjadi kaya-raya? Atau anda inginkan seorang isteri yang cantik jelita atau seorang suami yang kacak dan ‘ganteng’?

Atau mungkin anda sibuk mengejar populariti, sibuk memastikan diri anda agar dikenali. Seronok tenggelam dalam puja-puji seolah-olah dunia inilah segala-galanya, lupa pada akhirat yang menanti.


Padahal saudaraku, Allah telah berfirman,

“Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda-gurau, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian mejadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan serta keridhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan palsu.”

(Al-hadid; 57:20)

Jika kalian berlumba-lumba untuk mendapatkan kekayaan supaya disanjung tinggi orang ramai, ingatlah bahawa Allah yang Maha Kaya dan Maha Berkuasa itupun ramai manusia yang tidak ingin mengenaliNya. Jadi, apalagi kita yang Cuma tarafnya hamba ini.

Setakat mana sangat kuasa yang kita ada hari ini boleh membuatkan kita terus disanjung dunia? Setakat mana sangat kita akan dikenali. Setakat mana?

Esok lusa, mungkin kita akan mati. Dan semua kekayaan yang kita kumpul dan cari akan pergi meninggalkan kita. Hanya dua benda yang akan kita bawa, keluarga dan amal.

Tetapi saudaraku, keluarga cuma menemani kita sehingga ke liang lahad, kemudian mereka pun akan menapak pergi. Dan kini yang tinggal, hanya kita dan amalan kita!

Apa kita yakin amalan kita bisa menolong kita di dalam kubur yang serba-gelap itu? Apa kita yakin kubur kita nanti akan menjadi lubang syurga?


Jika apa yang kita cari-cari dalam hidup ini bukan Allah dan Rasulullah, maka pencarian anda itu akan membawa kita kepada kesesatan yang nyata.

Allah menjanjikan kita syurga dan ampunan. Inilah sepatutnya yang kita kejar dan cari dalam hidup kita. Bukan kekayaan atau kemewahan yang jadi ukuran di sisi Allah, sebaliknya apa yang membezakan kita adalah taqwa. Sama ada kita miskin atau kaya, hanya taqwa yang menjadi kayu ukur kepada Allah.

Set balik fikiran anda. Sepatutnya anda mencari Allah, mengimpikan jannatul Firdausi, the most highest jannah in akhirat, not all the prosperity in this temporary world.

Sepatutnya anda berlumba-lumba untuk mencari ampunan Allah dan berlumba-lumba untuk meraih pandangan Allah, bukan mendambakan perhatian daripada manusia!

Apa akan jadi kalau bukan Allah dan Rasul yang anda cari? Anda pakai baju cantik-cantik,mahal-mahal dengan jenama yang kadang-kadang tak pernah dengar pun, semata-mata nak dapatkan kepuasan apabila dipuji.

Anda bersusah-payah untuk memastikan anda sentiasa dikenali, dihormati dan disanjung tinggi masyarakat sehingga akhirnya, anda tertekan sendiri. Sedar atau tidak, anda telah menjadi hamba kepada ‘tuhan-tuhan’ kecil yang anda cipta sendiri.

Anda menjadi hamba kepada sesama manusia, mejadi manusia yang tidak merdeka, tidak bebas, kerana sentiasa menjaga pandangan ‘tuhan-tuhan’ kecil ini. Anda risaukan pandangan manusia, sebaliknya anda lupa Allah yang sentiasa melihat dalam terang atau sembunyi.

Akhirul kalam saudaraku, ingatlah bahawa dunia ini hanya sementara, tidak ke mana pun kita. Jangan sombong, jangan lupa asal-usul kita. Kita asalnya daripada setitis mani yang dirembes dari tempat yang paling hina. Kita hamba yang hina-dina.

Apa pun wealthy yang kita ada, semuanya bukan milik kita. Dunia hanya pinjaman, bila-bila masa pinjaman boleh ditarik balik. Astaghfirullah… tetapkan hati-hati kami di jalan Mu ya Allah….



Mukhlisah fiLlah,
Aishah Humayra',
c425, IPGM Tengku Ampuan Afzan,
Daar el-ma'mur